PENASIHATAN
NUR FATIN ATYIRA BT NOOR HISHAM
D20191088874
2.0 PENASIHATAN
2.1 Konsep penasihatan
Penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah. Konsep penasihatan dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui penulis-penulis berikut :
Zuraidah (1994) berpendapat bahawa nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesalkan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terilibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi
Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasinat yang digunakan pagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat yang diberikan juga berguna untuk mengajar individu tersebut untuk bertikir dan bertindak.
Individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyal masalah disiplin kritikal. Contohnya murid yang merokok, ponteng sekolah.
2.2 Ciri-ciri penasihatan
Antara ciri penasihatan adalah penasihatan :
1. Lebih memfokuskan atau menumpukan kepada permasalahan yang dihadapi berbanding mereka yang bermasalah.
2. Menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada individu lain.
3. Strategi yang paling cepat untuk menyelesaikan dan mengatasi permasalahan tersebut dengan lebih efektif.
2.3 Proses dalam Bimbingan dan Penasihatan
Pemerhatian ---> Perancangan ----> Perlaksanaan -----> Hasil ----> Refleksi
Rajah 1. Urutan Proses dalam Bimbingan dan Penasihatan
1. Pemerhatian
Langkah pertama yang perlu diambil ialah proses pemerhatian. Melalui proses ini,guru hendaklah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terlibat. Kita hendaklah menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan mmasalah tersebut. Selain itu, kita perlulah mengetahui latar belakang mereka.
2. Perancangan
Setelah mengetahui masalah dan punca utamanya berlakunya masalah tersebut,kita bolehlah merancang kaedah atau cara pendekatan yang sesuai untuk menangani masalah tersebut samada melalui kaedah bimbingan atau penasihatan. Kita hendaklah menyediakan dan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanaan.
3. Pelaksanaan
Selepas membuat perancangan yang teliti, ia perlulah dilaksanakan dengan serta merta.
4. Hasil
Selepas proses pelaksanaan, kita hendaklah melihat hasil yang berlaku.
5. Refleksi
Selepas melihat hasil yang kita dapati, kita perlulah menukar kaedah yang dilakukan kepada yang lebih efektif. Jangan berputus asa jika tidak mendapat hasil yang memberansangkan. Guru yang penyayang membina pelajar yang berdisiplin.
2.4 Model pendekatan dalam bimbingan dan penasihatan
Teori Psikologi Individu
Teori Psikologi Individu - oleh Alfred Adler yang dilahirkan di Vienna. Konsep-konsep utama dalam teori Adler adalah Fictional Finalism iaitu ketentuan yang diadakan, berusaha ke arah superioriti, perasaan rendah diri dan pampasan, minat untuk bermasyarakat, gaya hidup, kendiri kreatif dan susunan kelahiran. Mengikut Alfred Adler, manusia bermasalah kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap dan rasa rendah diri. la berkaitan dengan zaman lampau dan kedudukan anak dalam keluarga.
Pendekatan Pemusatan Individu
Pendekatan Pemusatan Individu Carl Ransom Rogers yang dilahirkan pada 8Januari 1902 di Oak Park, Chicago. la beranggapan bahawa setiap individu hendaklahdilihat secara keseluruhan, unik, berbeza dan penting. Andaian Rogers terhadap manusia ialah konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang lain, individu bertingkah laku dalam membentuk konsep kendirinya, masalah-masalah berlaku kerana timbul pertindanan konsep kendiri dengan pengalaman-pengalamannya yang lalu. Rogers percaya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami.
Pendekatan Gestalt
Frederick Salomon Perls merupakan tokoh utama yang memperkembangkan Terapiatau Pendekatan Gestalt. Menurut Sapora, Ahmad Jazimin & Hapsah (2002), teori Gestalttelah memberikan penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan manusia secaraholistik. Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif bukannya berasingan. Padaasasnya terapi ini telah melihat manusia itu mempunyai sifat tabii berdasarkan falsafah kewujudan (existentialism) dan fenomenologi.
Pendekatan Tingkah Laku
Pendekatan Tingkah Laku telah diketengahkan oleh Joseph Wolpe. Teori ini berpendapat bahawa neurosis itu dipelajari melalui proses pembelajaran yang normal. Tingkah laku juga mengandungi unsur kognitif, motor dan juga tindak balas emosi. Dalam teori ini matlamat perlu diperjelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan secara spesifik. Guru pembimbing dan juga pelajar akan menentukan tingkah laku yang baik dan tidak baik dan wajar menegakkan tingkah laku bersopan serta menghindarkan tingkah laku yang tidak baik dalam budaya masyarakat.
Comments
Post a Comment